CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 24, 2008

• Lagu Gaban versi Melayu

Monday, December 22, 2008

• Kubah Terbang

Hanya dengan zikir sahaja dapat menerbangkan kubah itu. Kejadian ini berlaku di Indonesia.

:::credit to Spawn:::

Thursday, December 18, 2008

• Apabila zina lebih mudah dari berkahwin

Dipetik dari Teratak Keagaman di Forum Komuniti Teratak.

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Kenduri Kahwin

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’.

Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”.

Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus Kahwin

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Ijab Kabul

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan

“Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Rumahtangga sepatutnya Syurga Dunia!

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

• Dr. Asri Zainal Abidin merupakan mufti negeri Perlis. Artikel ini dipetik dari blog beliau, http://drmaza.com.

::Credit to nina2519::

Wednesday, December 17, 2008

• Antara Cerita Paling Lawak Di TDC

Dua Bangla yang Sengal

Cerite brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 orgpekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla ygsememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dahabis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg inyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cumatau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakanmemusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga takpaham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakanmemusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasisebenar.
Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih..

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh....

::Credit to Cik Markonah::

• Kad Undangan Perkahwinan Nina



Friday, December 5, 2008

• Kelebihan amalan pada 10 Zulhijjah dan hari Arafah

Lafaz Alhamdulillah dirafa'kan kepada- Nya atas kurniaan yang tidak terhingga kepada kita. Mengikut riwayat yang sahih daripada Bukhari, hadis Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiada hari- hari di mana amalan salih padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 Zulhijjah.

Mereka bertanya: "Hai Rasulullah sekalipun jihad ke jalan Allah?"

Lantas jawab Baginda:

"Sekalipun jihad ke jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan diri dan hartanya untuk jihad tanpa pulang (iaitu mati syahid)."

Hadis ini dengan jelas menunjukkan kelebihan amalan pada hari-hari 10 awal Zulhijjah. Mengikut sebuah riwayat daripada Ibn Abbas terdapat tambahan dengan menyatakan: "Amalan pada hari-hari tersebut digandakan kepada 700 kali ganda." Bagaimanapun, pada sanadnya daif.

Mengikut riwayat Mujahid daripada Ibn Umar r.a. berkata: "Tiada satu hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Jumaat dan tiada 10 hari yang lebih afdal daripada 10 awal Zulhijjah di mana amalan padanya seolah- olah beramal dengan setahun".

Mengikut riwayat Abu Amar al-Naisaburi dalam kitab al-Hikayat dengan sanadnya daripada Humaid katanya: "Aku mendengar Ibn Sirrin dan Qatadah berkata: "Puasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah (kecuali hari 10 Zulhijjah kerana hari itu Hari Raya) adalah menyamai setahun."

Berdasarkan kepada hal ini menunjukkan terdapat kelebihan pada hari-hari 10 Zulhijjah. Ini kerana beberapa sebab:

1. Nas yang disebut oleh Baginda SAW.

2. Hari-hari tersebut ramainya manusia menuju ke Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadat haji.

3. Hari-hari tersebut mempunyai sejarah yang gemilang. Sama ada pensyariatan beberapa ibadat seperti haji dan korban.

Berdasarkan kepada kelebihan hari-hari seperti ini sewajarnya kita menggandakan amalan ibadat sama ada berqiammulail atau berpuasa pada hari Arafah kerana nas yang thabit menunjukkan kelebihan berpuasa pada hari Arafah seperti dalam hadis riwayat al- Hafiz Abi Musa al-Madini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada hari yang lebih afdal daripada hari Arafah."

Mengikut di dalam kitab Lataif al-Ma'rif oleh al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali antara amalan yang sunat dilakukan dan digalakkannya pada hari-hari begini ialah:

Pertama:
Banyakkan berzikir sama ada tahlil, takbir dan tahmid. Seperti riwayat Ibn Umar secara marfu'.

Kedua:
Melakukan ibadat puasa terutamanya pada hari Arafah kerana nilaian puasa pada hari tersebut seperti hadis riwayat Muslim daripada Abi Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang."

Walaupun begitu dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut".

Justeru marilah sama-sama kita mengambil kelebihan ini dengan meningkatkan amalan soleh dan bermunajat serta berdoa kepada yang Maha Esa. Moga-moga dikurniakan segala hajat kita.

Amin.

::Sumber Utusan Malaysia Online::

Thursday, December 4, 2008

• Petrol : Kita membayar cukai 30 sen kepada kerajaan.

Harga yang sepatutnya kita bayar petrol sekarang ialah RM 1.30 per liter.

- Menteri kita Shahrir Samad mengaku harga semasa petrol RM 1.60 per liter.

- TPM Dato' Seri Najib ada berkata kerajaan akan menanggung 30 sen subsidi.

Jika di kira : RM 1.60 - RM 0.30 = RM 1.30 tetapi kita membayar RM1.90 per liter di pam.

Ini bermakna kita sekarang membayar ufti/cukai kepada kerajaan sebanyak 30 sen per liter. KITA YANG MENANGGUNG KERAJAAN sebanyak 30 sen . Bukan kerajaan yang menanggung subsidi kita sebanyak 30 sen.

RM1.90 (Harga di pam sekarang) - RM1.60 (Harga semasa tidak termasuk subsidi) = RM 0.30 (Cukai rakyat kepada kerajaan)

Perlukah semua ini terjadi? Adakah harga 30 sen ini sebagai bayaran balik kepada duit rebat tunai yang di beri kerajaan? Ini bermakna rakyat tidak mendapat apa-apa faedah dari tindakan kerajaan itu.

Kerajaan sepetutnya lebih bertanggungjawab kerana kesan kenaikan 78 sen (RM 2.70 per liter) pada 5 Jun 2008 membawa kepada kenaikan harga barang dan makanan. Walaupun kerajaan sudah menrunkan harga petrol dan diesel sebanyak enam kali tetapi itu tidak dapat menjamin keselesaan kita kerana harga makanan dan barangan tetap tidak turun harganya. Tetap tinggi.

Fikir-fikirlah untuk rakyat. Pemimpin adalah amanah dari rakyat. Pemimpin wujud untuk menyenangkan rakyat. Sekarang pemimpin wujud untuk kesenangan diri sendiri.

Apa pendapat rakyat-rakyat Teratak Dunia Cyber?

::Dipetik dari Forum Komuniti Teratak - credit to rotab_bam::

Friday, November 28, 2008

• Ratu Pondan (Miss Tiffany Universe 2008)



Kangsadarn Wongdusadeekul atau Nong Noeng, 21 tahun telah dimahkotakan sebagai MISS TIFFANY'S UNIVERSE 2008, PATTAYA baru-baru ini. Lelaki tercantik di Thailand ini adalah seorang pelajar dari Dhurakij Pandit International College. Dia adalah yang tercantik diantara 30 peserta akhir 'ratu cantik' tersebut yang disiarkan secara langsung di seluruh Thailand.

Hasil kemenangannya itu membolehkannya menggondol trofi utama, 100 000 baht, sebuah Honda Jazz dan pelbagai hadiah dari penyokongnya.

Cuba bayangkan jika pertandingan sebegini turut diadakan di negara kita Malaysia dan mendapat liputan meluas di TV, mungkinkah akan terjadi?

Thursday, November 27, 2008

• Keganasan terbaru di Mumbai



MUMBAI 27 Nov. – Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh dan 250 lagi cedera dalam beberapa serangan kumpulan bersenjata di pusat perdagangan India ini malam tadi.

Pasukan keselamatan mula bertindak untuk mengepung dua buah hotel mewah di mana tebusan asing ditahan oleh penyerang.

Serangan bersepadu itu dilancarkan oleh beberapa kumpulan kecil bersenjatakan raifal automatik dan bom tangan ke atas dua hotel dan lokasi lain di bandar raya ini.

Polis berkata, mereka telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan menangkap sembilan suspek.

Sejumlah 12 anggota polis termasuk ketua pasukan polis antikeganasan Mumbai, Hemant Karkare turut terbunuh. – Reuters

Wednesday, November 26, 2008

• Indie Band : BUNKFACE



Bunkface adalah sebuah band Indie yang berasal dari Klang Selangor. Mereka terdiri daripada empat orang iaitu Sam (penyanyi, pemain gitar kedua), Paan (gitar utama), Youk (bass) dan Biak sebagai pemain dram.

Muzik yang dimainkan mereka kedengaran seperti muzik Blink182 dan Sum41 terutama pada lagu Bunk Anthem. Mereka popular dengan lagu Situasi yang banyak dimainkan di radio-radio. EP lagu-lagu mereka boleh di dapati di setiap gig atau mana-mana persembahan yang dijayakan mereka dengan harga RM10 setiap satu. Nantikan kemunculan single terbaru mereka iaitu Revolusi.

Lirik lagu

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi... =)


Bunk Anthem

Give me a B,U,N,K,F,A,C,E now
Welcome to the bunk show OH OH
Give me a B,U,N,K,F,A,C,E now
Welcome to the bunk show OH OH

Everybody

OH OH OOOOOH repeat .

HEY HO! HEY HO LETS GO!!!

chorus:

DONT STOP, GONNA MAKE YOU UNDERSTAND UP
TRY TO MAKE IT TO THE TOP
DONT GIVE IT UP!! 2x

Give me a B,U,N,K,F,A,C,E NOW!!!

THATS IT!! LETS SING ALONG!!

• Hantu mengacau askar Singapura

Tuesday, November 25, 2008

• Walimatul Urus - nina2519

Assalamualaikum..

Dengan itu saya ingin menjemput semua warga Teratak Dunia Cyber untuk hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya yang berlangsung pada:-

Hari Sabtu 24 Januari 2009 .

Pada sesiapa yang mengenali saya bolehlah memberikan alamat untuk tujuan penghantaran kad jemputan.

Kad jemputan juga akan dilampirkan ditopik ini kemudian..

nina

• Penipuan Ustaz Arif Cakra Alam terbongkar di TV Korea





Teknik perubatan 'pelik' Ustaz Arif Cakra Alam akhirnya terbongkar. Teknik mengubat menggunakan telur dan teknik mengubat menggunakan mentol lampu kalimantang ada di paparkan dalam video di atas. Anda boleh saksikan sendiri bagaimana perkara tersebut dapat di bongkarkan.

Kalau betul dakwaan dari TV Korea itu maknanya kita rakyat Malaysia sudah lama tertipu. USTAZ, satu panggilan kita kepada orang-orang yang berpengetahuan dalam perkara berkaitan Islam akhirnya tercemar dengan perlakuan sebegini. Adakah dia buat begini kerana mencari untung semata-mata?

Tidakkah terfikir kesan dari tindakannya itu? Harap-harap ada pihak berwajib dapat menyiasat perkara ini dan diambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga maruah Islam kita.

• Jalur Gemilang berwajah baru?



Cuba perhatikan betul-betul bintang di Jalur gemilang? Ada banyak bucukan? Sepatutnya 14 sahaja. Bulan pada bendera tu tidak kelihatan juga, mungkin lagi kecil dari bintang agaknya. Kenapa delegasi dari Malaysia tidak perasan perkara ini? Atau perasan tapi buat-buat tak tahu? Gambar ini bukan hasil superimpose. Ini di ambil dari Utusan Malaysia. Ini linknya [Link gambar dari Utusan Malaysia]

• Pengumuman : Moderator di perlukan.

• Kami mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi moderator di Teratak Gambar untuk membantu moderator sedia ada mengawalselia Teratak Gambar terutama dari segi penyumbangan koleksi gambar terbaru.

• Keutamaan diberikan kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa untuk sentiasa berada di Teratak Gambar ini tidak kira samada ahli baru ataupun lama.

• Sesiapa yang berminat hendaklah sentiasa rajin menyumbang gambar-gambar di Teratak Gambar

• Perlantikan akan dibuat selepas melihat perkembangan di Teratak Gambar ini.

Majulah Teratak Untuk Semua

• Sedutan dari Teratak Gambar


Lelaki paling bahagia di dunia

Tukang kebun kreatif (Tukang kebun yang bosan)


Apa agaknya lelaki tu fikir ya.. sama tak dgn apa yg kita fikir? haha

• Terkini di Forum Komuniti Teratak

Berikut adalah sedikit tentang topik terkini di Forum Komuniti Teratak.

• Terbaru adalah cerita-cerita mengenai kes perceraian terbaru Bell Ngasri dan Nur Farhana yg di ceraikan melalui SMS, perihal kes perkahwinan Aziz M. Osman dan kes Abby & Norman.

• Jacko memeluk Islam.

• Siti yang tidak membayar saman trafic

• Beberapa cerita lawak, borak-borak mengenai dunia bolasepak EPL & Champion League dan pelbagai lagi.

• Terkini di Teratak Gambar

Terbaru adalah gambar penjaga zoo Singapore yang kena baham 2 ekor harimau putih baru-baru ini.



Terdapat juga gambar Liza Hanim yang seksi dan beberapa gambar hantu yang baru di muat naik oleh ahli-ahli Teratak Gambar.

Sila ke sana untuk tahu dengan lebih lanjut.