CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 4, 2008

• Petrol : Kita membayar cukai 30 sen kepada kerajaan.

Harga yang sepatutnya kita bayar petrol sekarang ialah RM 1.30 per liter.

- Menteri kita Shahrir Samad mengaku harga semasa petrol RM 1.60 per liter.

- TPM Dato' Seri Najib ada berkata kerajaan akan menanggung 30 sen subsidi.

Jika di kira : RM 1.60 - RM 0.30 = RM 1.30 tetapi kita membayar RM1.90 per liter di pam.

Ini bermakna kita sekarang membayar ufti/cukai kepada kerajaan sebanyak 30 sen per liter. KITA YANG MENANGGUNG KERAJAAN sebanyak 30 sen . Bukan kerajaan yang menanggung subsidi kita sebanyak 30 sen.

RM1.90 (Harga di pam sekarang) - RM1.60 (Harga semasa tidak termasuk subsidi) = RM 0.30 (Cukai rakyat kepada kerajaan)

Perlukah semua ini terjadi? Adakah harga 30 sen ini sebagai bayaran balik kepada duit rebat tunai yang di beri kerajaan? Ini bermakna rakyat tidak mendapat apa-apa faedah dari tindakan kerajaan itu.

Kerajaan sepetutnya lebih bertanggungjawab kerana kesan kenaikan 78 sen (RM 2.70 per liter) pada 5 Jun 2008 membawa kepada kenaikan harga barang dan makanan. Walaupun kerajaan sudah menrunkan harga petrol dan diesel sebanyak enam kali tetapi itu tidak dapat menjamin keselesaan kita kerana harga makanan dan barangan tetap tidak turun harganya. Tetap tinggi.

Fikir-fikirlah untuk rakyat. Pemimpin adalah amanah dari rakyat. Pemimpin wujud untuk menyenangkan rakyat. Sekarang pemimpin wujud untuk kesenangan diri sendiri.

Apa pendapat rakyat-rakyat Teratak Dunia Cyber?

::Dipetik dari Forum Komuniti Teratak - credit to rotab_bam::

2 comments:

Bendahara Teratak said...

Aku setuju dengan artikel ni. nape kita nak kena bayar lebih dari harga semasa kan? sblm petrol turun 10 sen ni shahrir samad ada ckp..dia dah berjumpa dgn pengusaha minyak..pengusaha stesen minyak suruh turun 10 sen je..pastu shshrir ckp 10 sen sikit...15 sen paling minimum.. tp bila di umumkan kemarin turun 10 sen je,,,kerajaan tunduk kepada pengusaha stesen minyak.. melampau la kita kena bayar lebih 30 sen per liter

Zimah said...

yg 30 sen cukai kita byr tu..sume utk minyak free kat pak menteri yg ade kat mesia ni..so..kita xde dpt faedah pun..menteri2 ni gak kenyang..